Thursday 1 August 2013

Fadhilat Bulan Ramadhan

 Hello, guys :D Harini echa nak korg blajar ckit ? Okay, echa dpt info ni drpd kertas yg ustazah echa bg :) . So credit: Panitia Agama Smk Bandar Baru Bangi


Fadhilat Bulan Ramadhan
                                  
1. Menghapuskan segala dosa yang lalu. Sabda Rasulullas (SAW) yang bermaksud;
 
       "Sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu"  (HR Ahmad dan Ashabus Sunan)


2. Mendorong manusia untuk bertaubat kepada ALLAH. Sepanjang Ramadhan segala amalan orang yang beriman akan diterima Allah, doanya akan dimakbulkan dan diampuni segala dosanya. Mereka yang tidak suka bertaubat dan memohon keampunan ALLAH adalah tergolong bersama mereka yang rugi kerana lupa akan Allah dan tidak mengharap keampunanNya.

3. Pahala Kebajikan digandakan sehingga 700 kali ganda. Balasan ke atas setiap amalan kebajikan mereka yang berpuasa ini adalah satu keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain.

4. Menjadi pelindung daripada azab api neraka dan dijauhkan Allah daripada neraka selama 70 tahun.

5. Menggalakkan amalan bertadarus al-Quran dan mendapat syafaat daripadanya. 

thank you kalau benda ini sgt berguna ^^ komen..

love,
admin c:


No comments: