Friday 19 December 2014

Mati.


20:27pm

"Kerana Kematian itu Pasti"



كُلُ نَفسٍ ذَائقة الموت 

((Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian))

Ali-Imran , ayat 185.



       Sudah jelaskan topik kita pada hari ini? Aku bukan saja2 nak sentuh topik kematian. Anda semua dah tahu kan, kita ni tak hidup selama2nya. Kita semua mortal . So , jangan nak berlagak anda semua akan hidup lagi 100 tahun kemudian. Lagipun, kiamat nak dekat. Tolong sedar ? 

       Aku tak pernah rasa kehilangan orang tersayang. Ya, tak pernah. Percaya la eh? :'D Aku adalah diantara orang yang bertuah. Aku tak dapat rasa apa yang korang rasa. Tapi, kalau aku dpt rasa mesti aku pun lemah en? Sedih en? Rasa nak give up en? 
.
.
      Sebelum isyak tadi , aku sempat menonton 'Tanah Kubur" . Cerita tu memang menyentuh hati aku setiap kali menontonya . (err tak payah nak formal sangat bahasa aku ni kan hahaha) 

Dalam episod tadi , bapak kpd watak utama cerita tu meninggal. Dia sayang sgt bapak dia. So apa lagi? Mula2 tu mesti la tak redha kan ? Hanya orang yg benar2 qowiy dan beriman shj yanh redha pada mulanya . 

       Korang , aku nak nasihat sikit. Tolong jangan lupa. Kita kena sebut apa bila dgr berita kematian? Iya. Bukan sekadar kematian sahaja, apabila ditimpa musibah pun kena baca tau.

إنا لله و إنا إليه راجعون
"Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita akan kembali"

                                                                                                                                                                   


        Wahai para pembaca, 

Kita ni manusia. Tak lari dari kesilapan. Kita semua pendosa. Tapi, Allah kan Maha Pengampun. Tiap2 hari kita bangun dari tidur, ucaplah Alhamdulillah. Kenapa? Allah bagi second chance tu. Bukan selalu dapat second chance kan? Mana ada istilah third chance. Setiap hari adalah SECOND chance. Gunalah chance tu untuk bertaubat. Beribadat. Beramal soleh. Jangan jadi orang yang rugi . Bila dah mati, tak sempat dah nak taubat. Takdenye kan nak ckp kat Malaikat Izrael ; "eh kejap2 aku nak taubat"  . 

    You will never get to say that unless Allah wills it.

Aku nak tanya korang , best ke buat maksiat? Best ke tinggal solat? Best ke buat dosa sengaja? Best ke dedah aurat? Kalau korang jawab best, maka syaitan telah menghasut kamu. Please. Syaitan hanya mengajak kamu buat bende tu. Kamu yang ikut. Nampak tak betapa mudahnya syaitan menghasut? Tak boleh ke nak lawan? Sebab tu laaaaaaaa engkorang ...

kita kena mantapkan iman ;-) Acane tu????

-drumroll- (tengok atas skali tu yg ingat mati tu)


               Kan Rasulullah dah kata , kalau kita tahu apa yg Rasulullah tahu, pasti kita akan kurangkan gelak dan banyakkan menangis. So, kalau rasa diri tu kuat gelak, ingat MATI . Boleh buat?

"cemana nak ingat mati?"

       Okay ceni la eh. This is how it works for me.

   >> Cuba fikir dalam keadaan apa kita akan mati
   >> Bersediakah kita untuk menghadapinya?
   >> Cukupkah amalan kita untuk dibawa ke sana nanti?
   >> Dosa kita dah banyak mana?

InsyaAllah.

                                                                                                                                                                   

           Okay , sekarang ni aku nak cerita pasal REDHA pulak. Apa korang faham tentang redha?

Adakah ia cuma "menerima" nasib?
Ataupun ia cuma perkataan yg digunakan supaya kita dikatakan 'qowiy' ?

Tak.

Redha ialah kita menerima dan beriman dgn qada' dan qadar Allah . Bukan setakat menerima , tapi disebabkan ditimpa musibah itu, kita lebih dekat dgn Allah. Maksudnya kita melebihkan beribadat kpdNya, mengharapkan pertolongan dariNya dll. 

Kenapa korang sedih bila kesayangan korang pergi? Dunia ni kan hanya sementara. Kita pun akan mati jugak. Cuma mereka pergi lebih awal. Takpe, banyakkan berdoa untuk arwah. Bukankah itu lebih baik drpd menangis 24jam tak henti2? Takkan nak stop dakwah korang disebabkan seseorang itu dah takde untuk bimbing korang? Apa ni?! Inikah namanya REDHA?! Kata je redha. Tapi tak. Tolong jangan menipu diri sendiri.  Rujuk balik makna redha.

Aku bagi contoh la eh. Ask.fm. Sahabat korang kt ask.fm dah meninggal. lepastu mula la cakap taknak on ask.fm bagai, sebab tak qowiy. Apa tu? Patutnya kamu teruskan berdakwah lagi dan lagi! Bukan untuk menggembirakan hati arwah , tapi untuk capai mardhatillah iaitu REDHA ALLAH. Tolong la sadokan hati tu. Lebih2 lagi kematian AJNABI. Jangan sampai lupa Rasullah. Jangan sampai  lupa Allah.

   Ujian yang hebat untuk orang yang hebat, bukan? :)

.
.


Mohon doakan aku bila aku dah pergi. Sedekahkan al-fatihah buat arwah selalu. Jangan henti berdoa. Dan, jangan nangis lama2. Jangan lemah lama2. Sampai bila nak jadi mcm ni? Maafkan segala salah silap aku , jika terkasar bahasa ke apa.

sekian, 
wassalam.




No comments: